Sunday, November 9, 2025

Sebik-baik Manusia

Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain (Hadis Hasan, riwayt al-Mu'jam an al-Awsat dan lain-lain). Hadis ini menggambarkan tiga golongan manusia:

1. Manusia yang terbaik,

2. Manusia yang baik, dan

3. Manusia tidak baik.

Yang ke-3 itu ialah golongan munafik yang disebut oleh ayat 7 al-Fatihah, mereka adalah golongan yang dimurkai Allah; 

Yang ke-2 itu ialah golongan orang bertakwa, yang ciri-cirnya disebut oleh ayat 3-5 al-Baqarah. Bolehlah disebut mereka ini orang-orang yang memenuhi tuntutan Rukun Iman, 

Yang pertama itu ialah golongan yang berpegang kepada ayat 30 al-Baqarah. Meraka inilah yang menyahut seruan Allah yang menyebut Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Ciri-cinya digariskan oleh ayat-ayat 165 al-Anam, 69 al-Araf, 74 al-Araf, 62 an-Naml. Diringkaskan mereka ini adalah yang hidupnya berteraskan ayat 30 itu iaitu golongan manusia khalifah.

Antara prinsip utamanya ialah mengutamakan orang lain daripada kepentingan dirinya sendiri. Tanggungjawabnya menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan dengan orang lain, dan menjaga hubungan dengan alam.

Golongan inilah yang dijanjikan nikmat (syurga) tanpa hisab. Golongan ke-2 itu dijanjikan syurga juga tetapi harus melalui neraka bagi membersihkan dosanya kerana meninggalkan sebahagian tanggungjawabnya: Hidupnya mementingkan diri, tidak ada sikap kepedulian kepada manusia lain dan alam. Kesemua ini tersirat dalam ayat-ayat tersebut di atas. Perinciannya terkandung dalam buku SEBAIK-BAIK MANUSIA, Terbitan Karisma Publishing.


No comments:

Post a Comment