Kebanyakan kita lahir sebagai Muslim. Dari bayi lagi sudah diazankan, disusukan, tinggal bersama dengan ibu bapa Muslim, dididik dengan doa-doa ringkas, lalu membesar dalam suasana masyarakat Islam. Maka, kita pun membesar dengan label: Aku orang Islam.
Tetapi, apakah cukup dengan label itu? Ramai merasa
dirinya sudah cukup dengan label ini. Seiring dengan perjalanan waktu tubuh
membesar, hidup mengikut corak kehidupan masyarakatnya, berpegang kepada
Islam yang kita warisi dari generasi di atas kita – Islam warisan.
Al-Qur’an berkali-kali mengingatkan bahawa Islam bukan
sekadar nama. Islam adalah cara hidup, Islam adalah
pengakuan lisan yang mesti diterjemah dengan hati yang yakin dan amal yang
nyata. Allah berfirman:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al-Ankabut, 2)
Ayat ini seakan menegur kita bahawa pengakuan semata-mata
tidak mencukupi. Iman mesti diuji, supaya nyata siapa yang benar dan siapa yang
sekadar mewarisi tanpa penghayatan.
No comments:
Post a Comment