Sebaik2Manusia

Prakata:

Kalau hendak tahu tentang Islam, jangan lihat apa orang Islam buat. Kenyataan ini menggambarkan fenomena yang berlegar dalam masyarakat Islam. Ertinya, cara hidup umat Islam tidak menggambarkan yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain:

Islam itu benar, tetapi tidak semua yang dinamakan Islam itu tepat mencerminkan kebenarannya.

Sebuah buku menyebut, Untuk mengenali Islam dengan betul adalah dengan memahami pengertian dan tujuan hidup yang sebenar. Ia memerlukan anda memikirkan realitinya secara menyeluruh dan bertanya seperti siapakah aku, dari mana aku datang, apa yang aku lakukan di sini, dan ke manakah aku akan pergi dari sini.

Inilah gambaran Islam yang betul.

Islam yang betul adalah yang berasaskan idea tujuan penciptaan manusia, iaitu menjadi khalifah seperti yang disebut oleh ayat 30 al-Baqarah, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Persoalan siapakah aku, dari mana aku datang dan sebagainya itu tersirat dalam maksud ayat 69 al-Araf itu: Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah menggambarkan kita datang dari Allah, cara menunaikan seruan maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah itu menggambarkan apa yang aku lakukan di sini, dan frasa kata supaya kamu berjaya menggambar-kan ke mana aku akan pergi dari sini iaitu ke akhirat.

Ayat ini menyebut khalifah, ertinya seseorang yang menyahut seruan menjadi khalifah itu mempunyai pengertian dan tujuan hidup yang tersebut di atas, sekali gus membayangkan Islam yang betul.

Adakah kita seorang khalifah? Mungkin inilah persoalan yang dijadikan sandaran kenyataan di atas tadi jangan lihat apa orang Islam buat itu. Ertinya, kebanyakan orang Islam tidak mengamalkan Islam yang berorientasikan kekhalifahan, kerana itu jangan diikutinya.

Jadi Islam yang benar adalah yang berasaskan tujuan penciptaan manusia, berorientasikan kekhalifahan. 

Manusia dijadikan bukan hanya untuk menyembah Allah dalam erti sempit ibadah ritual, tetapi juga untuk menjalankan tugas sebagai khalifah, memakmurkan bumi, membina kesejahteraan, dan mencegah kerosakan, sama ada terhadap manusia mahupun alam sekitar. 

Jadi, buku ini mengajak pembaca mengenal kembali jalan hidup Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw, yang bersumberkan fitrah, berpaksikan tanggungjawab, dan menjurus kepada kehidupan yang saling membantu, saling bergantung, dan saling melengkapi. Ia juga mengajak kita memeriksa kembali sikap-sikap peribadi yang mungkin menyeleweng dari nilai khalifah: keakuan, keengganan menerima nasihat, pengabaian terhadap keperluan orang lain, dan ketakutan terhadap campur tangan yang sihat.

Semoga buku ini menjadi cerminan dan pencetus muhasabah buat kita semua dalam mencari erti sebenar menjadi manusia, bukan sebarang manusia, tetapi sebaik-baik manusia.

Buku ini saya tutup dengan satu seruan kembali kepada jalan Rasulullah saw, dengan roh tajdid dan pembaharuan, serta kesediaan untuk menjadi sebahagian dari golongan yang sedikit, tetapi tetap berada di atas jalan kebenaran.


Buku ini ditulis dengan satu hasrat yang mendalam: untuk mengembalikan kefahaman kita kepada Islam yang hidup dalam kehidupan, bukan sekadar Islam sebagai ajaran ritual atau hukum-hakam yang terpisah dari realiti insan dan masyarakat. Saya menamakan buku ini Sebaik-Baik Manusia, mengambil ilham daripada sabda Rasulullah saw:

Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain. (Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Mu’jam al-Awsat dan lain-lain)

Hadis ini, walaupun ringkas, sebenarnya adalah teras kepada tujuan penciptaan manusia, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam banyak tempat dalam al-Quran, terutamanya melalui konsep kekhalifahan.

RM30 pos rm 7

 

 

No comments:

Post a Comment