Friday, July 24, 2026

Semak keIslaman kita

Kebanyakan kita lahir sebagai Muslim. Dari bayi lagi sudah diazankan, disusukan oleh ibu Muslim, dididik dengan doa-doa ringkas, lalu membesar dalam suasana masyarakat Islam. Maka, kita pun membesar dengan label: Aku orang Islam. 

Tetapi, apakah cukup dengan label itu? Namun, ramai merasa dirinya sudah cukup dengan label ini. Seiring dengan perjalanan waktu tubuh membesar, hidup mengikut corak kehidupan masyarakatnya seperti yang sedang ikuti buat masa ini. 

Walhal al-Qur’an berkali-kali mengingatkan bahawa Islam bukan sekadar nama seperti itu. Islam adalah cara hidup, Islam adalah pengakuan lisan yang mesti diterjemah dengan hati yang yakin dan amal yang nyata. Allah berfirman:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al-Ankabut, 2)

Ayat ini seakan menegur kita bahawa pengakuan semata-mata tidak mencukupi. Iman mesti diuji, supaya nyata siapa yang benar dan siapa yang sekadar mewarisi tanpa penghayatan.