Haji Yg. Mabrur

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memberi taufik kepada hati-hati yang mencari makna haji di sebalik amalnya.

Buku Ke Arah Haji Yang Mabrur ini lahir daripada renungan panjang terhadap ibadah haji yang sering difahami sebagai ibadah jasmani semata-mata. 

Namun hakikatnya, haji adalah medan latihan khalifah Allah di bumilatihan untuk menyedari, menginsafi, dan memperbaiki diri agar mampu menunaikan amanah kehidupan yang Allah aturkan.

Penulis ingin membawa pembaca keluar daripada sekadar ritual kepada penghayatan makna. Agar setiap langkah menuju Mekah bukan hanya perjalanan tubuh, tetapi perjalanan rohani menuju Allah. 

Namun buku ini dimulai dengan Bab 1 yang menyebut dan menghuraikan idea kekhalifahan, bagi menegaskan maksud ayat 30 al-Baqarah Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Jadi kemabruran haji adalah yang berorientasikan kekhalifahan, bukan lagi ketakwaan. Alasannya, disebut dalam Bab 1.

Moga buku ini menjadi penyuluh bagi setiap insan yang mendambakan haji dan umrah yang benar-benar mabrur
iaitu haji yang melahirkan insan yang berjiwa khalifahtunduk kepada Allah, kasih kepada manusia, dan amanah kepada bumi.

No comments:

Post a Comment