Assalamualaikum. Ramai orang merasa cukup dengan Islam hanya dengan solat, puasa, zakat, dan haji, tanpa menghayati makna kekhalifahan yang menjadikan Islam itu rahmat kepada seluruh manusia dan alam. Namun apabila dikatakan fakta di bawah ini, kelihatannya ramai yang kurang peduli.
Islam Rasulullah ﷺ adalah Islam yang hidup, bukan hanya ritual, tapi gaya hidup yang membawa kebaikan kepada orang lain.
Islam yang hidup adalah yang lebih dari itu tadi: yang berasaskan kekhalifahan kerana Allah berfirman 'Sesunggunnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (al-Baqarah 30).
Apabila Aisyah isteri Nabi saw berkata Akhlak Nabi adalah al-Quran, ertinya Nabi menyahut seruan itu dan menjadikan dirdinya sebagai khalifah, akhlaknya berorientasikan ayat-ayat yang menyebut khalifah atau yang membawa maksud khalifah; antaranya ayat 165 al-Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf, ayat 62 an-Naml. Jika dirumuskan berbuat baik, membantu, menyantuni orang, memelihara alam, berlaku adil, tidak menindas, dan membina masyarakat yang berkat juga adalah inti ajaran Islam.
Apakah sikap kita dengan kedudukan ini? Bagaimana kita hendak mengaku umat Rasulullah saw jika tidak mahu mengikuti Sunnah baginda ini. Ini bukan sekadar Sunnah, Sunnah baginda itu menggambarkan Islam baginda.
No comments:
Post a Comment